Ucapan Perbahasan Pindaan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 12-10-2021
Video here: https://fb.watch/8Ir627yjKX/
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan pindaan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 dan saya meneliti pindaan akta ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan pindaan pentadbiran iaitu pemulangan wang kepada syarikat-syarikat dan saya rasa ini pentadbiran.
Akan tetapi saya ingin membahaskan tentang dasar tentang keuntungan luar biasa atau windfall profit levy untuk secara dasarnya.
Kalau kita imbas kembali asas undang-undang iaitu berlakunya pada tahun 1998 apabila Asian financial crisis dan pengeksportan minyak kelapa sawit berpandu kepada US dollar. Oleh itu pada waktu itu ada asasnya kerana ada satu keuntungan luar biasa sewaktu Asian financial crisis dan harga minyak sawit dijual mengikut US dollar dan pegging of US dollar dengan Ringgit Malaysia menyebabkan satu keuntungan luar biasa bagi estet penanam kelapa sawit. Oleh itu dikenakan undang-undang Akta Levi Keuntungan Luar Biasa.
Saya dengar pembahas-pembahas lain yang mengemukakan pelbagai tuntutan tetapi saya ingin menegaskan bahawa kita perlu menekan pada isu asasnya. Saya lihat Akta Ibu tentang windfall profit levy atau Akta Levi Keuntungan Luar Biasa yang memberikan kuasa yang besar kepada Menteri untuk menetapkan amaun levi dan juga in position of levy windfall profit derived from the production of goods, untuk barangan-barangan dan tidak terhad kepada minyak kelapa sawit. Itu satu kuasa yang besar dan saya ingin mengingatkan Menteri yang berkenaan Menteri Kewangan. Apabila menggunakan kuasa ini hendaklah memastikan bahawa prinsip-prinsip ekonomi moden ataupun percukaian (taxation) perlu mematuhi prinsip-prinsip percukaian yang moden.
Ini kerana profit levy atas minyak kelapa sawit sebenarnya— West Malaysia melebihi RM2,500 setan dikenakan 3 peratus dan East Malaysia RM3,000 dikenakan 1.5 peratus dan kutipannya. Pada masa yang sama saya telah mengemukan satu soalan kepada SUDR pada 11 Ogos. Dua bulan kemudian saya masih belum menerima, hari ini hari terakhir mesyuarat Parlimen, saya masih belum menerima jawapan bertulis tersebut. Soalan yang saya tanya, adalah berapa kutipan untuk di bawah windfall profit sejak diperkenalkan Akta 1998, berapakah levi keuntungan luar biasa yang telah dikutip oleh kerajaan.
Disamping itu, Mengikut perkiraan saya, pengumuman-pengumuman oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) pada tahun 2021 dijangka kerajaan akan menerima RM500 juta. Kalau mengikut perkiraan saya, di bawah pre-budget statement (PBS) oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan estimated target revenue untuk tahun 2021 ialah RM126.21 bilion di mana adalah 10.3 peratus gross domestic product (GDP).
Windfall profit levy hanya RM500 juta oleh itu hanya 0.003 peratus daripada kesemua hasil Yang Kerajaan kutip. Saya ingin menegaskan bahawa beban cukai, beban levi hendaklah juga dipastikan tax burden must be on the planters, mesti kepada estet-estet dan tidak di-transfer kepada consumer, pengguna-pengguna dan juga intermediate untuk mematuhi bahawa ini perlu memastikan bahawa penggunaan akta ini dikenakan atas asas- asas yang kukuh dengan formula yang berpatutan dan jugalah hendak disemak dari semasa ke semasa.
Ini kerana sebelum ini perintah terhadap windfall profit levy dikenakan tahun 2008 sudah 13 tahun tidak disemak. Terdapat perubahan besar terhadap harga-harga kelapa sawit dan minggu ini sudah mencecah RM5,000 setan dan merupakan satu angka yang tinggi, angka yang tinggi untuk tahun ini dan tiada sebarang perubahan terhadap levi keuntungan ini sudah sekian lama. Perlu ada kajian semakan semula dan saya harap semua ini diberikan satu jawapan dan juga pertimbangan oleh YB Menteri.
Terima Kasih, Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment